LATAR BELAKANG

         Samsudin Bin Ahmad, anak kelahiran Selangor berasal dari Tali Air Lapan Sungai Leman, Sekinchan bertemu jodoh dengan Rosliza Binti Ahmad Hassan. Pasangan beliau berasal dari No 1, Tebuk Kubur, Parit Baru Baruh, Sabak Bernam. Telah dikurniakan cahaya mata seramai tiga orang, seorang puteri dan dua orang putera, Husna, Hannan dan Hanif.
         Kini bermukim di JPN5/096 Rumah Guru Sekolah SK Kuala Kubu Bharu, Jalan Sekolah 44000 Kuala Kubu Bharu. Pernah bersekolah di SK Sungai Leman, Sekinchan, kemudian sekolah menengah di SAM Pasir Panjang hingga tingkatan 5, setelah itu sempat belajar di SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sehingga 6 atas. Pernah memasuki kelas khusus belajar komputer selama 4 bulan dan bekerja sebagai kerani akaun di Syarikat Auto Ventures SDN. BHD. di Bukit Kemuning, Klang.
         Melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Islam, Bangi dan mula berkhidmat sebagai guru di Sekolah Pusa, Betong, Sri Aman Sarawak selama 3 tahun setengah. Sekembalinya ke semenanjung sekitar tahun 2002, mengajar di SK Kampong Soeharto, Kuala Kubu Bharu.
         Pada bulan Jun 2005, ditawarkan berkhidmat di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor secara pentadbiran sebagai Penyelia j-QAF. Masih meneruskan pengajian di UTM Space sebagai pelajar jarak jauh dalam bidang Sains dan Pendidikan Islam. Kini menyandang jawatan penyelia akademik Gred 32 Hakiki bermula Mac tahun 2010.

My Blog List