Sunday, June 20, 2010

CUTI REHAT DI KAMPUNG



17 Jun 2010 Balik kampung cuti rehat

Pulang ke kampung sempena kenduri tahlil oleh mertua ana. Biar pun hubungan sudah terpisah oleh alam yang berbeza, namun ingatan tetap ada. Doa dan kalimah tahlil dikirimkan buat arwah, moga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.


26. Dan dia memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang saleh dan menambah (pahala) kepada mereka dari karunia-Nya. dan orang-orang yang kafir bagi mereka azab yang sangat keras.

As-Syura : Ayat 26

46. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang[1324], dan pada hari terjadinya kiamat. (Dikatakan kepada malaikat): "Masukkanlah Fir'aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras".

[1324] Maksudnya: dinampakkan kepada mereka neraka pagi dan petang sebelum hari berbangkit.

Al-Mukmin : Ayat 46

KURSUS ASAS TARANNUM




1 hingga 3 Jun 2010 Kursus Asas tarannum

Zaujah ana diarah untuk mengikuti kursus asas tarannum di Ildas. Ana pula diarah mengikuti satu mesyuarat di Kementerian Pelajaran Malaysia bersama dengan Bahagian Perkembangan Kurikulum. Mesyuarat berkenaan kutipan data program j-QAF. Ana sempat mengusik zaujah ana, nak belajar tarannum bila dia pulan dari kursus nanti.

121. Orang-orang yang Telah kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya[84], mereka itu beriman kepadanya. dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, Maka mereka Itulah orang-orang yang rugi.

[84] Maksudnya: tidak merobah dan mentakwilkan Al Kitab sekehendak hatinya.

Al-Baqarah : Ayat121

SEMINAR STRESS DALAM KELUARGA



27 Mei 2010 Seminar Stress dalam keluarga

Zaujah ana diwajibkan menyertai satu seminar yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Hulu Selangor, penceramah jemputan ialah Ustaz Haji Alwi Parman bersama Doktor Ismail Tamby orang bukan asing dalam penceramah kekeluargaan. Ana tumpang sekaki beserta tubuh badan ana ikut serta progran berkenaan pasal nak rakam video ceramah berkenaan.


24. Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

Surah At-Taubah : Ayat 24

14. Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak[186] dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).

[186] yang dimaksud dengan binatang ternak di sini ialah binatang-binatang yang termasuk jenis unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Aali-I’mran : Ayat 14

DARAH TINGGI



15 Mei 2010 : Ambil Mak kerana diserang Penyakit Darah Tinggi


Jam 6.00 petang dapat panggilan dari kak long, “emak pening-pening” ujarnya. Setelah solat Maghrib dan makan malam ana bergegas pulang kekampung dengan ditemani adik lelaki ana, Hamdan. Emak masih berupaya menyambut kami. Atas sebab kesihatan, emak mengikut kami pulang kerumah ana. Pagi-pagi lagi emak dibawa kehospital berhampiran ,شألله setelah diperiksa oleh pegawai berkenaan, 204 bacaan tinggi darahnya. Emak diminta untuk memakan ubat dan banyakkan berehat.


214. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

Al-Baqarah : Ayat 214

Amal Islami Daerah Hulu Selangor



8 Mei 2010 : Amal Islami

Zaujah ana Puan Ros, pergi menjalankan tugas sebagai urusetia di Sekolah Agama Rendah Sungai Tengi. Oleh kerana baru memasuki alam mengajar setelah lama cuti bersalin, tugas yang diberi bukanlah seperti apa yang dirancang awal. Apa yang utama murid yang susah payah dilatih akan melalukan aksinya pada hari ini. Khatib Jumaat tu acaranya, berkeringat menanti waktu.

Namun takdir penentu sagala, murid yang dilatih hanya layak mendapatkan saguhati. Apapun pengalaman dan pengajaran yang diterima dari segi positifnya, itulah yang lebih bermakna dari semua itu.


132. Dan Ibrahim Telah mewasiatkan Ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah Telah memilih agama Ini bagimu, Maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam".

Al-Baqarah : Ayat 132

Sunday, May 2, 2010

SALAM UKHWAH


Pertama kali kami sekeluarga ingin berkongsikan asam garam dan pahit manis dalam mengharungi hidup didunia ini yang penuh dengan ujian dariNya yang Maha Kuasa... insyaAllah segala komentar yang diberikan oleh para pembaca akan kami ambil sebagai pengajaran dan sempadan sewajarnya.

My Blog List